Sunday, March 19, 2017

Nasi Lemak New Village Park sedap

Penggemar tegar nasi lemak macam aku ni selalu teringin nak makan nasi lemak.Setiap kali pergi breakfast mesti susah nak buat pilihan.Nak rocan(roti canai) ke atau sikmak (nasi lemak) .Kadang kadang tu kalau nafsu makan tengah membuak buak , order je dedua sekali hahahaha.Tapi kadang kadang tu bia order nasi lemak dekat kedai ecewa sebab sambal sikit / sambal tak de rasa apa/nasi lembek :( Susah nak jumpa nasi lemak yang perfect.

So last month pergi KL untuk pesentation LI.Day after presentation keluar dengan awok.Memandangkan awok ni tahu aku peminat nasi lemak so dia recommend lah stau kedai ni.Dia pon tak pernah try.Dia cakap dia jumpa dekat internet.So after we all picnic , pergi lah mencari restaurant ni.Nama restaurant ni Nasi Lemak New Village Park.One of breakfast place yang famous dekat Damansara.Masa memula datang terkejut sebab mostly customer cina ramai.Satu tips nak tahu kedai tu sedap ke tak , tengok ada tak orang cina makan situ.Selalunya lah kalau ada orang cina makan means sedap lah tu kedai makan tu hahahah sebab taste cina bab makan boleh tahan power.So masa dengn awok aku order nasi lemak sambal sotong.Teringin sambal sotong lama tak makan.


Sedap gilaaaa.Sambal dia tak de lah pedas sangat.so so je tapi sedap lah and yang penting sambal okay cukup tak dekut sangat.Kalau rasa tak cukup boleh order samabal sahaja jugak.Nasi dia tak lemak sangat.so so tapi perfect.Sambal sotong dia okay lah sedap.Overall memang sedap.I kasi 4/5 bintang.

Disebabkan sedap sangat sampai rasa nak lagi , Esoknya tu aku ajak Fin dengan San pulak makan situ hahahah.Masa dengan diaorang I order yang paling famous sekali.Nasi lemak rendang ayam.


I request peha tapi dapat thigh,So kat situ tolak dah setengah bintang.Nasib thigh I suka juga so I redha.Rendang ayam dia sedap!Pedas pedas manis.Macam rendang raya.Sambal dengan kuah rendang tu even gaulkan rasa still sedap.Combination yag power ah.Memang licin ah aku makan.Untuk nasi lemak rendang ayam ni I bagi 4/5 bintang.

Selain rendang ayam , nasi lemak ayam goreng berempah dia pon famous gak.Fin order aku ada lah cuit rasa sikit,SEDAPPPPPP.lembut crispy sedappppp!!!Next nanti kalau pergi nak order tu pulak!!

Harga kedai ni standard lah macam kopitiam.Mahal kalau nk dicomparekan dengan warung kak kiah huhuhu.Btw , masa nak bayar dekat counter ada banyak gambar artis yang dah pernah datang makan dekat sini.Lepas tu banyak gambar neelofa.Fattah amin tu pon ada jugak hahahaha.Pastu rupanya baru tahu Neelofa ada share tak silap dengn kedai ni.Apa pon bagi penggemar nasi lemak memang recommend lah try makan dekat sini!


Ini address restaurant :

5, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia

Tak pon boleh waze je Nasi Lemak Village Park.